View My Stats

Saturday, July 10

Allah Maha Besar

Dah lama tak pergi kenduri arwah. Atau baru kehilangan seseorang dalam keluarga. Jadi aku dah lupa macam mana rasa sedih tengok keluarga yang baru kehilangan orang tersayang. Jumaat, 9Julai2010, kami menerima pemergian seorang ibu saudara, Mak Teh. Mak Teh semasa hidupnya, adalah insan yang sangat aku kagumi. Hatinya baik sekali. Selalu ajak makan-makan kat rumahnya di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Selalu ramah dengan aku. Jumpa kami, peluk cium. Besar sangat hati dia. Arwah bekas pelajar UiTM dalam bidang Art&Design, Fine Metal. Dekat Uitm lah dia jumpa pakcik aku, Rahime Harun. Yang juga telah pergi 2tahun lepas. Arwah PakTeh pula sangat hebat orangnya. Cubalah google 'Rahime Harun' dan pasti kau tahu kenapa aku kagum sangat dengan dia :) Aku harap aku boleh jadi insan seperti mereka. MakTeh pergi meninggalkan kesan yang dalam pada ramai orang. Semua sayangkan dia. Walaupun aku bukanlah jenis anak saudara yang memang betul-betul rapat dengan ibu saudara aku, aku sangat gembira mempunyai ibu saudara sepertinya. Mak Teh dah lama bertarung dengan barah yang dia hidapi. Setiap kali kami berjumpa, dia sentiasa tersenyum dan ikut tertawa bersama. Tapi, dalam hati.. Hanya Allah sahaja yang tahu apa dugaan yang harus dia tempuhi. Dia kuat sangat.Dia pulang ke rahmatullah pada waktu Subuh hari Jumaat. Masa waktu kebumi, hari elok sangat. Tak terlalu panas, tak mendung. Pendek kata, elok lah. Wajah dia bersih.

Aku mahu mati aku begitu. Yalah, hari itu lah kita dalam perjalanan bertemu Sang Pencipta. Aku ada sedikit sesal sebenarnya. Aku tak sempat jumpa dia sebelum dia pergi. Di sini, kalau ada sesiapa yang baca, aku nak bagitahu. Kalau ada keluarga yang sakit, cepat- cepatlah pergi jenguk. Tunjuk yang kita betul-betul kisah dan sayang pada dia sebagai seorang ahli keluarga walaupun mungkin tak lah rapat mana. Walaupun sekadar datang kejap tanya khabar, mereka dah cukup gembira. Dah cukup bersemangat kembali. Mereka perlukan semangat itu untuk bertarung dengan hidup yang tak siapa tahu bila akan berakhir. Yalah, kita pun. Walaupun tak ada sakit apa-apa. Bila- bila saja kita boleh pergi. Ajal Tuhan saja yang tau. Tapi, aku cuma nak pesan, just keep our relationship with our family and friends close. Visit each other, contact them always, get together once in a while. Cause we'll never know what's gonna happen. Terakhir sekali, aku nak kongsi apa yang ayah aku tulis:-

Bening wajahmu saat sakaratul maut menjemputmu. Henti degup jantungmu di hening penghulu hari. Pasti Sang Malaikat terkesima dengan raut wajahmu.Wajahmu redup seperti dilindungi awan bergerak. Seperti redupnya suasana ketika talqin tadi dibaca. Kini, kau memulai saat perjalanan yang paling indah - menemui Sang Pencipta.... Selamat tinggal, Kak Ina, semoga kau berbaris di kalangan orang beriman dan soleh.......

Sekian, Takziah buat Kak Yan. Al- Fatihah.



No comments:

Post a Comment