View My Stats

Monday, May 31

Selamat Hidup (:

Hidup ni kelakar kan. Suka buat lawak. Bukanlah lawak yang kita gelak sama dengan kawan kite sampai nangis- nangis nak terkentut kentut terkucil dalam seluar semua tu. Tak.. It's just things can get unexpected, something out of our mind would happened. Like tiba- tiba, eh aku dah gemuk eh aku dah cantik eh aku dah kenal dgn org ni eh aku dah rapat dgn org tu eh kenapa bagi kita, kita macam seorang loser tapi bagi orang lain; wah hebatnya dia tu, saya nak jadikan dia idola saya lah, dan tiba- tiba eh jumpa lelaki itu dan lelaki ini; dalam fikiran"wah hot gila dia buat muka sombong" tapi sebenarnya dia pemalu.

I don't know what am I merepeking but I'm hoping that you understand what I meant lah. I'm not talking about me specifically oh no no but mostly of course something that happened around my life recently.

Tuhan jadikan kita berbeza rupa, saiz dan bentuk, berbeza watak dan perwatakan, berbeza sifat dan perasaan, berbeza kecekapan, minat dan ghairah, berbeza cara mengatasi masalah dan mengawal emosi, berbeza cara kehidupan; berjalan, makan, berfikir, tidur, berkumuh (ohh sains sangat kan), citarasa dan segala segi yang ada lah.

Tapi Tuhan itu maha Adil. Diberikan kita kesempatan nak rasa semua situasi kehidupan yang kita tak kan pernah tahu kita akan lalui dan kita sendiri tak tahu yang kita cukup kuat untuk tempuhi.

Jatuh bangkit dalam mencapai cita- cita, kebahagiaan dan permasalahan dalam keluarga, knowing friends who come and go, & friends who come and stay, and not to forget falling in and out of LOVE. Now I've learnt if a relationship does not work out well, blame human nature. Haha. What I'm trying to say is, yeah, it's true what they said. Love is complicated (: Sekarang saya senantiasa berpegang kpd ' kalau ada jodoh, tak pi mana lah,sat lagi jumpa jugak' :) and kalau kita betul betul sayangkan seseorang, apa yg perlu kita buat ialah doakan kebahagiaan dia. And trust me, kebahagiaan tu akan datang dekat kita jugak (:

Saya cakap hidup ini kelakar sebab saya tak pernah terfikir bagaimana rasanya berada di tempat orang lain. Bukanlah tak pernah terfikir tapi tak pernah merasainya. Sekarang Tuhan letak saya di tempat orang lain.

Oh, begini rasanya.
(macam lagu Anita Sarawak)

I've learnt that it is no use to point fingers and blame someone else. Kaji diri sendiri dahulu, sebab saya pun bukan sempurna. Fikir dengan baik.. Tuhan nak kita belajar. "Elani, belajarlah Elani," kata Elani kepada Elani.

Satu tapak ke satu tapak, saya dapat rasakan berjuta perasaan orang lain (takdalah berjuta saje nak exagerrate)

So, Elani.
Belajar.

Itulah orang cakap, kehidupan mematangkan kita. Apa orang kata; asam garam kehidupan.
Bosan betul dengar ayat drama Melayu macam tu. Takda ayat lain ka?
Tapi memang betul lah apa yang dicakapkan tu (:

Walau apa pun masalah dalam kehidupan ini yang kita hadapi, semua orang ada cara masing- masing untuk menghadapinya. And trust me, crying is a good way.

Crying doesn't mean that u're weak. Menangislah melalak macam mana pun, lepas tu baru dapat berfikir dengan rasional. Dan dengan otak yang sudah waras itu baru dapat membuat keputusan yang waras. Dan dengan keputusan yang waras itu dapatlah kita menyelesaikan masalah dan beban yang ada dalam kepala.
Dan dengan terselesai masalah itulah yang buat kita gembira.

In each tear
there’s a lesson
Makes you wiser than before
Makes you stronger than you know
In each tear
Brings you closer to your dreams
No mistake, no heartbreak
Can take away what your meant to be...
-Mary J. Blige

Sekarang, ada masalah saya yang sudah selesai dan ada yang belum. Tapi, saya sudah cukup gembira. Memang gembira setiap hari makan saja kerjenye :O

Sorry if meluat dengan bahasa rojak sekejap Melayu sekejap omputeh hehe ampun ampun.
Oh seronok pula blogging blogging ni. Walaupun ada 10 followers sahaja tidak apa apa la :D

Dah habis ke aku nih? Dah kot (:

Selamat Hidup semua
:D

No comments:

Post a Comment