View My Stats

Tuesday, September 28

maybe.

maybe i can guess.
or
maybe i can say yes.

maybe i am.
or
maybe i am not.

maybe she is.
or
maybe she isn't.

maybe i can be like before.
or
maybe i'll never be like before.

maybe i know.
or
maybe i don't.

maybe i can keep smiling.
or
maybe i can start crying.

maybe i should pause.
or
maybe i should play.

maybe i should plan.
or
maybe i should let it go with the flow.

maybe i should be part of the play.
or
maybe i should just be the audience.

maybe i am the main character.
or
maybe i am just the girl next door.

Yeah, maybe.




Friday, September 24

Wednesday, September 22

Saya datang kelas.

Saya datang kelas.
Saya tak tipu.
Betul.
Sungguh.

Saya cuma ponteng SEKALI saja.
Itu pun sebab semua orang tak nak pergi sebab dah nak raya.

Saya pun terpengaruh.
Saya memang cepat terpengaruh.

Saya akui hari itu memang tak datang kelas.
Tapi saya tak pernah ponteng lebih dari itu.
Walaupun saya tahu ia lebih seronok kalau duduk di rumah sambil floss gigi dan menonton Siti Kelembai.

Betul.
Sungguh.

Saya tak pernah suruh orang tanda tangan kan utuk saya kalau saya malas datang kelas.
Ok, mungkin masa dulu pernah. Tapi tak lagi!
Saya dah insaf!

Tolonglah percaya saya betul-betul datang kelas.

Sunday, September 19

Sedikit demi sedikit

Finally, dah bertahun-tahun lamanya dikeluarkan, baru dapat tengok Syurga Cinta masa hari raya haritu.
LAME tak?
tapi sumpah comel! Dan yang paling utama, perkara penting yang baru disedarkan dan baru difahami :-


Allah takkan mengubah nasib hambanya jika hambanya itu tidak mengubah nasib dirinya sendiri.

Selain daripada itu, satu lagi pengajaran yang diperolehi semasa Aidilfitri ini:-

Jika ada yang bencikan kita, atau berperasaan amarah pada kita, sedekahkan Al-Fatihah padanya. Semoga tak lama lagi.. Hatinya akan lembut, Insya Allah.

Sama-sama kita praktikkan :)

Sewwonoknyeww rayyeerw!


Raya dah nak habis. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.
:)

Tuesday, September 7

Mimpi manis

Last night, in my dreams..
I dream about one of my girlfriends.
She ran towards me.
And then she kissed my cheeks.
No, not in a lesb kinda way. Hell no.
Just a sweet, i' ll-always-be-there-for-you kinda way.
I guess sometimes best friends don't say 'I love you' to each other that much.
And I guess sometimes best friends don't tell each other that they are best friends.
They just know.
:)

Saturday, September 4

Bau: Tak Kunjung Padam




Bau.

Mempengaruhi memori. Yang cantik, mahupun yang jelik. Bau itu, teringat ini. Bau ini, teringat itu. Konon-konon bagai ada flashback black and white gitu. Kadang-kadang flashback black and white itu jadi slowmotion untuk detik-detik dramatik mahupun romantik yang diiringi muzik instrumental yang buat hati turut bergetar, seperti babak mengibarkan rambut ke arah buah hati, tidak pun detik-detik cemas seperti berlari-lari anak mengejar bas Rapid KL 604 yang dipandu oleh abang mata sepet. Tapi dia dah kahwin.

Perenggan seterusnya. Banyak fasa bau yang telah ku hidu. Macam-macam! Yang wangi, yang busuk, yang masam, yang alim, yang creepy, yang sweet sweet, yang bikin 'high', yang bikin nakal-nakal, yang romantik, fantastik dan bombastik. Ya, saya tau awak nak sambung 'yang kosmetik, yang plastik'. Takde okay. Takde. Okay. Cakap okay?! Okay?! Okay?!! Okay?!!!

Nak berkisah-kisah di sini, aku lagian kemas-in gerobok ku. Lalu, aku jumpa-in seboyol, eh sebotol botol parfum lama ku. Lantas, ku ambil-in dan ku cium- cium baunya. Woah! Flashback hitam putih menjelma. Memoriku bagai ligat berlari-lari ke zaman pemakaian parfum tersebut.Segala apa yang pernah berlaku terus ku terbayangkan. Bau dan memori sangat sinonim bersama. Bagai BFF kalau bukan pacaran. Kadang-kadang, bila tercium suatu bau dahulu, rasa macam nak pergi kembali ke waktu bau itu sedang berlangsung. Winduu. Windue gilewwr arh!

Seperti:-
  1. Bau ubat antibiotik yang Mama suapkan waktu demam
  2. Bau hallway Tadika Kristal, Seksyen 2 Shah Alam
  3. Bau klorin swimming pool waktu belajar berenang
  4. Bau rumput ketika orang potong rumput sedang memotong rumput
  5. Bau Nasi Lemak pertama dibeli sendiri di kantin sekolah rendah
  6. Bau ketiak masam kawan baik Darjah 4 yang tak tahu deodoran tu apa
  7. Bau buku teks sekolah dan buku latihan warna coklat yang baunya macam biskut
  8. Bau pembalut buku teks sekolah
  9. Bau minyak atar Abah yang dipakai setiap kali ke surau
  10. Bau cookies Mama sedang dibakar pada bulan puasa untuk persiapan raya
  11. Bau hospital bila ada yang sakit :(
  12. Bau hujan yang turun seiring dengan perasaan gundah gulana dalam hati
  13. Bau Softlan di seluruh kolej Melati dan Angasana ketika di Perak
  14. Bau perfume yang disembur habis satu botol untuk jumpa yang tersayang dulu
  15. Bau Neuroli Jasmine & Fantasia Silky for Men
  16. Bau bancuhan Nescafe Mild 3 in 1 untuk stay up buat kerja yang selalu ditangguh hingga saat akhir pada tengah-tengah malam
  17. Bau kereta sewa untuk pergi overnite
  18. Bau watercolour semasa buat drawing (seriously?)
  19. Bau bedak talkum jenama Zaitun warna kuning kepunyaan Tok. Tok boleh guna tanpa was-was
  20. Bau minyak petrol, cat rumah dan liquid paper. Sumpah suka. Sukeww gilew tuck tipoo :)
  21. dan bau-bau yang lain

Bau- bau ini adalah antara yang pernah buat ku selesa.
Tak kurang juga yang sebaliknya.
Tak kisah lah dulu atau pun sekarang.
Tak kunjung padam sampai bila-bila.
Ya, aku suka membau :)